Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 - Politeknik Kuching Sarawak

Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 - Politeknik Kuching Sarawak


Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014

Posted: 17 Dec 2014 08:32 PM PST

Hear this article

Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 telah berlangsung dari 12hb – 14hb Disember 2014 bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Kejohanan ini adalah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang dengan kerjasama MASKOM dan Malaysian Global Taekwon-do Federation  (MGTF) dengan penyertaan lebih dari 200 orang atlet dari seluruh negara. Politeknik Kuching Sarawak telah menghantar kontinjen yang merangkumi 4 orang atlet lelaki, seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kontinjen Politeknik Kuching Sarawak berjaya membawa pulang DUA pingat gangsa dari acara Free Sparring

ELVIN MALIH & G.GEEVENDRAN A/L GUNASEGARAN

(PINGAT GANGSA)

Gambar bersama pengurus pasukan, jurulatih dan para atlet

Senarai Penuh Kontinjen Politeknik Kuching Sarawak:

Pengurus Pasukan       : Blangkat Ahmad Basimin

Jurulatih                         : Jevy bin Asoi @John

Atlet                                  : G. Geevendran a/l Gunasegaran

Elvin Malih

Muhd. Khairul Nizam bin Kahar

Wan Mohammad Shafiq bin Wan Affandi

0 Comment for "Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 - Politeknik Kuching Sarawak"