Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search

Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search


<b>Politeknik Kuching</b> sasar lahir lebih ramai modal insan berkualiti <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2015 03:24 PM PDT

KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak terus menyasar untuk melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti setiap tahun bagi memacu kemajuan negeri ini khasnya, ke tahap yang lebih tinggi.

Pengarahnya Sahul Hamed Abdul Wahab berkata, sejak konvokesyen pertama pada 1993, institusi itu berjaya mengeluarkan lebih 20,000 graduan berkemahiran dan berilmu.

"Kita telah melahirkan lebih 20,000 graduan dan mereka ini sedang menyumbang kepada pembangunan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menyampaikan Anugerah Khas Politeknik Kuching Sarawak di Kompleks Islam di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Shahbudin Man dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Mad Noh Lajim.

Dalam pada itu, Sahul turut menasihati para pelajar agar jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian masing-masing, tetapi terus menimba ilmu ke tahap lebih tinggi.

"Bagi yang sedang menyambung pelajaran, teruskan ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya.

Majlis menyaksikan pelajar Kejuruteraan Petro Kimia, Siti Hajar menerima Anugerah Pengarah Politeknik serta Anugerah Kecemerlangan Akademik Kokurikulum (Politeknik) bagi sesi Disember 2013.

Manakala anugerah sama bagi Sesi Jun 2014 pula diterima oleh Hazwan Bojeng daripada Jabatan Perdagangan.

Print Friendly
0 Comment for "Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search"