Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia | Math2Ever

Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia | Math2Ever


Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia

Posted: 05 Feb 2015 06:44 PM PST

Selama lebih 46 tahun sejak penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969, Politeknik di Malaysia telah mengorak langkah dalam pembangunan dan perubahan yang pesat dalam segala bidang dalam usaha melahirkan pelajar - pelajar yang bergraduasi di peringkat profesional dan separa profesional terutama dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, teknologi maklumat dan perkhidmatan selain menjana laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti. Hingga kini terdapat 3 politeknik premier yang menawarkan pengajian dalam bidang ijazah pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru. Berbeza dengan dua jenis politeknik yang lain yang menawarkan pengajian dalam bidang diploma, 3 politeknik premier ini adalah merupakan 3 buah politeknik yang pertama menawarkan bidang ijazah pertama seumpamanya.

Terdapat tiga jenis politeknik iaitu politeknik premier, politeknik konvensional dan politeknik metro

Politeknik - Politeknik di Malaysia
Sehingga kini terdapat 33 buah politeknik di seluruh negara antaranya adalah :
  1. Politeknik Ungku Omar (PUO) 1969
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)  1976
  3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) 1984
  4. Politeknik Kota Bharu (PKB)  1985
  5. Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) 1987
  6. Politeknik Port Dickson (PPD)  1990
  7. Politeknik Kota Kinabalu (PKK) 1996
  8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Dikenali sebagai Politeknik Shah Alam sehingga 2002) (PSA)  1997
  9. Politeknik Johor Bahru (PJB) 1998
  10. Politeknik Seberang Perai (PSP)  1998
  11. Politeknik Kota Melaka (PKM) 1999
  12. Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT)  1999
  13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Dikenali sebagai Politeknik Dungun, Terengganu sehingga 2006) (PSMZA) 2001
  14. Politeknik Merlimau, Melaka (PMM)  2002
  15. Politeknik Sultan Azlan Shah (Dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim sehingga 2004) (PSAS) 2002
  16. Politeknik Kulim, Kedah (PKU)  2002
  17. Politeknik Sultan Idris Shah (Dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam sehingga 2005) (PSIS) 2003
  18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Dikenali sebagai Politeknik Perlis, Perlis sehingga 2006) (PTSS 2003)
  19. Politeknik Muadzam Shah (PMS) 2003
  20. Politeknik Mukah (PMU)  2005
  21. Politeknik Balik Pulau (PBU)
  22. Politeknik Jeli (PJK)
  23. Politeknik Nilai (POLINILAI)
  24. Politeknik Banting (POLIBANTING)
  25. Politeknik Mersing (PMJ)
  26. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  27. Politeknik Sandakan (PSS)
  28. Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
  29. Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
  30. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
  31. Politeknik Metro Betong (PMBS)
  32. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
  33. Politeknik Pagoh Johor
Syarat Minimum Matematik Kemasukan Ke Politeknik Malaysia
Secara amnya, pelajar - pelajar yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik harus mempunyai kepujian dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan. Ini adalah keperluan bagi mereka yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat (ICT). 

Secara amnya, pelajar - pelajar yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik harus mempunyai kepujian dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan

Muat Turun Brochure ini

BA202 Final Examination June 2014

Posted: 05 Feb 2015 03:50 PM PST


Mathematics 2 (BA202) : Final Examination June 2014


0 Comment for "Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia | Math2Ever"