Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia - Math2ever | place to learn basic mathematics |
Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia Posted: 05 Feb 2015 06:53 PM PST Selama lebih 46 tahun sejak penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969, Politeknik di Malaysia telah mengorak langkah dalam pembangunan dan perubahan yang pesat dalam segala bidang dalam usaha melahirkan pelajar - pelajar yang bergraduasi di peringkat profesional dan separa profesional terutama dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, teknologi maklumat dan perkhidmatan selain menjana laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti. Hingga kini terdapat 3 politeknik premier yang menawarkan pengajian dalam bidang ijazah pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru. Berbeza dengan dua jenis politeknik yang lain yang menawarkan pengajian dalam bidang diploma, 3 politeknik premier ini adalah merupakan 3 buah politeknik yang pertama menawarkan bidang ijazah pertama seumpamanya. Terdapat tiga jenis politeknik iaitu politeknik premier, politeknik konvensional dan politeknik metro Politeknik - Politeknik di Malaysia Sehingga kini terdapat 33 buah politeknik di seluruh negara antaranya adalah :
Syarat Minimum Matematik Kemasukan Ke Politeknik Malaysia Secara amnya, pelajar - pelajar yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik harus mempunyai kepujian dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan. Ini adalah keperluan bagi mereka yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat (ICT). Secara amnya, pelajar - pelajar yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik harus mempunyai kepujian dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan |
BA202 Final Examination June 2014 Posted: 05 Feb 2015 03:50 PM PST |
You are subscribed to email updates from Math2ever™ | place to learn basic mathematics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia - Math2ever | place to learn basic mathematics"