Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search

Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search


Hari Sukan Negara <b>Politeknik Kuching</b> meriah – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2015 05:27 PM PDT

KUCHING: Sambutan Hari Sukan Negara edisi Politeknik Kuching berlangsung meriah dengan hampir 3,000 peserta merangkumi pelajar dan kakitangan mengambil bahagian.

Program dua dalam satu iaitu Hari Sukan Negara dan Perhimpunan Perdana Pelajar PKS 2015 itu dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal), Datu Len Talif Salleh di padang Politeknik Kuching semalam.

Menteri Muda Alam Sekitar itu merakamkan syabas kepada PKS kerana muncul organisasi pertama menyahut seruan kerajaan mengadakan Hari Sukan Negara yang sepatutnya diadakan serentak seluruh negara hari ini (10 Oktober).

"Perhimpunan ini satu usaha yang baik, tepat dan harus diteruskan bagi memberi ruang untuk para pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam suasana kekeluargaan," katanya.

Len berkata, program seumpama juga dapat mengikis budaya perkauman dikhuatiri mencetus provokasi di kalangan warga pelajar PKS terdiri pelbagai agama dan sosiabudaya.

"Oleh sebab itulah para pemimpin negeri khususnya Ketua Menteri tidak jemu-jemu mengingatkan rakyat di negeri ini agar menolak fahaman melampau demi mempertahan keharmonian dan perpaduan antara pelbagai kaum," ujar beliau.

Len turut memuji Politeknik Kuching kerana penglibatan secara aktif dalam pelbagai program anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

Katanya, usaha ahli-ahli pasukan promosi PKS sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan dengan pertambahan kemasukan yang diterima untuk setiap sesi pengajian.

"Pihak TEGAS, kami meneruskan penganjuran program promosi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memastikan keperluan 60 peratus tenaga kerja mahir dan separuh mahir di kawasan SCORE menjelang 2030 dapat dipenuhi," tambahnya.

Len seterusnya menyampaikan anugerah Kecemerlangan Akademik, Sukan dan Kecemerlangan Projek dan Inovasi kepada para pemenang.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS, Jemain Ental.

Print Friendly
0 Comment for "Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search"