Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search

Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search


Inisiatif <b>Politeknik Kuching</b> lahir usahawan muda – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2015 04:00 PM PDT

Gerak Usahawan Kampus Fasa II dilancar beri pendedahan dunia perniagaan sebenar kepada pelajar

Oleh Agnes Tugong //

KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak semalam melancarkan Gerak Usahawan Kampus (GUK) Fasa II dalam usaha melahirkan usahawan muda dalam kalangan pelajarnya.

Majlis pelancaran program itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Bujang Helmi mewakili Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Naroden Majais.

Naroden dalam ucapannya yang dibacakan oleh Helmi berkata, beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam bidang keusahawanan menyokong penuh usaha Politeknik Kuching mewujudkan program keusahawanan itu menerusi GUK.

Malah, beliau yakin menerusi program sedemikian para peserta yang terdiri dari kalangan pelajar berpeluang mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan sebenar dari aspek pemasaran, pembungkusan, penjenamaan dan lain-lain.

"Tidak kurang usahawan muda yang telah berjaya dan tidak kurang juga yang gagal kerana mereka menceburi bidang ini secara 'bidang terjun'  iaitu tanpa kepakaran dan pengalaman.

"Tetapi di Politeknik ini, saya dapati masih terdapat kawasan yang luas yang belum diterokai dan mungkin berpotensi untuk dimajukan dengan aktiviti-aktiviti pertanian.

"Justeru, saya mencadangkan pihak kelab usahawan Politeknik ini mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada Jabatan Pertanian Negeri untuk mengenal pasti jenis tanaman yang sesuai diusahakan di sini," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Kuching Sahul Hamed Abdul Wahab berkata pelaksanaan GUK Fasa II ini diterajui oleh Unit Keusahawanan Politeknik Kuching Sarawak.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan semua pelajar dari Jabatan Perdagangan dan pelajar dari jabatan lain yang mengikuti kursus keusahawanan, keusahawanan digital dan bengkel keusahawanan.

Terdapat pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut antaranya karnival niaga, bengkel penanaman cendawan, bengkel keusahawanan kraf tangan, pelancaran PKS 'car wash,' hari 'boxing' dan banyak lagi dengan 66 gerai dibuka.

"Bagi mengukuhkan lagi aktiviti keusahawanan, Politeknik telah menubuhkan Pusat Perniagaan Pelajar di mana pelajar berpeluang meneruskan aktiviti keusahawanan sepanjang semester selaras dengan program pengajian yang mereka ikuti," ujarnya.

Majlis semalam turut menyaksikan perasmian rapat kebangsaan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dengan tema Malaysia #Sehati Sejiwa.

Bagi menghayati erti kemerdekaan, Politeknik menyertai agenda nasional iaitu memupuk perpaduan dalam kalangan semua kaum supaya dapat hidup dengan saling hormat-menghormati dan harmoni.

Sehubungan itu, Politeknik telah merancang pelbagai aktiviti antaranya penyerahan bendera kepada semua jabatan dan unit Politeknik serta mengibarkan Jalur Gemilang selain sambutan ambang Hari Malaysia pada 15 September depan.

Print Friendly
0 Comment for "Politeknik Kuching Sarawak - Google Blog Search"