Sayang anak Tangan - Tangankan dengan Matematik | Math2Ever |
Sayang anak Tangan - Tangankan dengan Matematik Posted: 26 Jan 2015 03:38 PM PST Sayang anak Tangan - Tangankan Peribahasa Melayu yang popular ini yang berkaitan dengan amalan keluarga secara harfiah bererti ' jika anda sayangkan anak - anak, maka anda perlu menggunakan tangan anda (secara fizikal) untuk mengajar mereka. Peribahasa Bahasa Inggeris yang agak sama dengan peribahasa bahasa Inggeris adalah "spare the rod, spoilt the child". Tanpa mengira bangsa di Malaysia, selalunya ibubapa akan menggunakan cara ini untuk mengajar anak - anak yang "agak" nakal. Akta Kanak- Kanak 2011 Merotan atau Mendera Umum mengetahui bahawa definisi bagi merotan dan mendera amat berbeza namun jika undang - undang dikuatkuasa maka pentaksiran akan menjadi sia - sia. "Penderaan adalah perlakuan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang teruk. Manakala istilah 'merotan' adalah lebih kepada peringatan bagi tujuan mendidik.Cikgu semasa Mengajar Matematik Masih segar dalam ingatan apabila tiba sahaja waktu subjek matematik semasa sekolah rendah dahulu, semua akan diam seolah - olah ada "malapetaka" akan menjelma jika tidak membuat kerja sekolah. Apabila masuk cikgu matematik ke kelas, maka kebanyakkan pelajar (termasuk penulis) akan terus terpandang ke arah rotan yang dipegang oleh beliau. Dan apabila gagal menyiapkan kerja rumah maka rotan akan menjadi cikgu yang mengajar kita untuk lebih berdisplin. Sayang anak Tangan - Tangankan. Teringin hendak jumpa cikgu matematik!! |
You are subscribed to email updates from Math2ever™ | place to learn basic mathematics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "Sayang anak Tangan - Tangankan dengan Matematik | Math2Ever"