e ≈ 2.7182182 | Math2Ever |
Posted: 13 Jan 2015 05:36 PM PST e ≈ 2.7182182 adalah merupakan antara nombor yang tidak rasional (irrational number) yang selalu digunakan dalam matematik terutama dalam bidang logarithma. Maka ia adalah merupakan salah satu nombor yang paling penting dalam matematik. Untuk pengetahuan, nombor yang tidak rasional adalah nombor nyata yang tidak boleh ditulis dalam pecahan yang mudah. Beberapa digit pertama bagi e adalah: 2.7182818284590452353602874713527........ (dan seterusnya) Nombor Euler Ia sering dipanggil nombor Euler diambil sempena nama Leonhard Euler. e adalah asas kepada Logaritma Asli (dicipta oleh John Napier). e didapati dalam banyak bidang yang menarik dan menjadi kemestian kepada kita untuk memahami dan mempelajari. Cara yang senang untuk mengingati nombor ini adalah selepas '2.7' nombor '1828' muncul dua kali seperti 2.7 1828 1828 Irrational number yang lain
Fakta menarik mengenai nombor ini Hippasus (salah seorang pelajar Pythagoras) yang berjaya menemui nombor yang tidak rasionalketika cuba untuk menulis punca kuasa dua 2 sebagai satu pecahan. Beliau mengatakan bahawa disebabkan kita tidak dapat menulis punca kuasa dua 2 sebagai satu pecahan maka nombor itu tidak rasional. Tetapi pengikut Pythagoras yang lain tidak dapat menerima pernyataan tersebut dan dikatakan bahawa Hippasus telah dibunuh dengan dilemaskan di laut sebagai hukuman dari tuhan-tuhan! |
You are subscribed to email updates from Math2ever™ | place to learn basic mathematics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "e ≈ 2.7182182 | Math2Ever"