Body Mass Index (BMI) dan Matematik | Math2Ever |
Body Mass Index (BMI) dan Matematik Posted: 11 Jan 2015 08:02 PM PST Bukti saintifik semakin menyokong bahawa pemakanan yang baik adalah penting untuk kesihatan, produktiviti, sara diri, dan kualiti kehidupan orang dewasa. Makanan adalah bahan yang diperlukan oleh semua benda hidup untuk pertumbuhan dan pembangunan dan untuk mengekalkan kehidupan. Kita mendapat tenaga daripada karbohidrat yang disimpan di dalam makanan kita. Badan kita memecahkan karbohidrat kepada tiga bahan tenaga; glukosa, glikogen dan lemak. Ketiga-tiga bahan tenaga ini digunakan oleh tubuh kita untuk menghasilkan haba yang diperlukan untuk menjaga tubuh kita pada suhu yang stabil 37°C. Selain itu ia juga menyediakan tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan kecerdasan kita, untuk bernafas, berjalan, bercakap, dan segala aktiviti badan kita dapat lakukan seharian. Penurunan berat badan Namun apabila makanan yang berlebihan diambil risiko untuk penambahan berat badan akan menjadi perkara pokok utama di dunia. Mengikut kajian, Amerika telah membelanjakan $33 bilion setahun untuk tujuan penurunan berat badan, produk kesihatan dan perkhidmatan berkaitan kesihatan. Kejayaan penurunan berat badan diet adalah berkaitan tentang tenaga masuk lawan tenaga keluar (enerngy in vs energy out). Keperluan kalori harian berbeza mengikut umur dan jantina. Keperluan kalori harian berbeza mengikut umur dan jantina Body Mass Index (BMI ) BMI adalah digunakan untuk mengukur berat badan berlebihan (obesiti). Ia dikira berdasarkan kepada ketinggian dan berat badan anda. BMI adalah suatu anggaran lemak badan dan dianggap cara yang baik untuk mengelak risiko mendapat penyakit-penyakit yang boleh berlaku akibat daripada lebihan lemak badan. Apabila BMI anda tinggi, banyak risiko yang mungkin dihidapi seperti penyakit-penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2, batu karang, masalah pernafasan, dan beberapa jenis kanser berkaitan berat badan. Cara menggunakan formula BMI |
You are subscribed to email updates from Math2ever™ | place to learn basic mathematics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "Body Mass Index (BMI) dan Matematik | Math2Ever"