Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 - Politeknik Kuching Sarawak |
Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 Posted: 17 Dec 2014 08:32 PM PST Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 telah berlangsung dari 12hb – 14hb Disember 2014 bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Kejohanan ini adalah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang dengan kerjasama MASKOM dan Malaysian Global Taekwon-do Federation (MGTF) dengan penyertaan lebih dari 200 orang atlet dari seluruh negara. Politeknik Kuching Sarawak telah menghantar kontinjen yang merangkumi 4 orang atlet lelaki, seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih. Sukacita dimaklumkan bahawa Kontinjen Politeknik Kuching Sarawak berjaya membawa pulang DUA pingat gangsa dari acara Free Sparring ELVIN MALIH & G.GEEVENDRAN A/L GUNASEGARAN (PINGAT GANGSA) Gambar bersama pengurus pasukan, jurulatih dan para atlet Senarai Penuh Kontinjen Politeknik Kuching Sarawak: Pengurus Pasukan : Blangkat Ahmad Basimin Jurulatih : Jevy bin Asoi @John Atlet : G. Geevendran a/l Gunasegaran Elvin Malih Muhd. Khairul Nizam bin Kahar Wan Mohammad Shafiq bin Wan Affandi |
You are subscribed to email updates from Laman Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "Pencapaian Kontinjen PKS di Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2014 - Politeknik Kuching Sarawak"