Hari Buku Sedunia - Politeknik Kuching Sarawak

Hari Buku Sedunia - Politeknik Kuching Sarawak


Hari Buku Sedunia

Posted: 08 Apr 2014 03:18 AM PDT

Hear this article

Sempena dengan Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April 2014, Unit Perpustakaan akan mengadakan aktiviti Sumbangan Buku Terpakai bertemakan 'knowledge for future' bermula pada 21 April – 21 Mei 2014. Sumbangan buku tuan/puan boleh diletakkan di ruangan yang akan disediakan nanti. Buku-buku yang telah disumbangkan akan diserahkan kepada badan bukan kerajaan dan kebajikan sekitar Kuching. Semoga keperihatinan dan sumbangan tuan/puan memberi manfaat.

Sebarang pertanyaan emailkan kepada Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA "JOM KE PUTRAJAYA 2014"

Posted: 07 Apr 2014 11:51 PM PDT

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK telah menyertai KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA "JOM KE PUTRAJAYA 2014" anjuran KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK pada 5-6 April 2014 di PADANG FUTSAL SLEPAS KPG NO. 6 SATOK.

PKS telah menghantar 2 pasukan lelaki (POLIKU A & POLIKU B) dan 2 pasukan wanita (POLYCATS A & POLYCATS B).

Seramai 21 Pasukan Lelaki dan 8 pasukan wanita yang menyertai kejohanan ini. Pasukan lelaki dibahagikan kepada 4 Kumpulan manakala pasukan Wanita dan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

PASUKAN LELAKI

Kumpulan A,  APIZS FC, CIDB TEAM, REAL BOCA FC, MARRICAN FC & KTT FC.

POLIKU A dalam Kumpulan B bersama Pasukan EEWANSHAH FC, HAZICONT FC, MALI FC DAN HORNET FC.

POLIKU B dalam Kumpulan C bersama Pasukan KSR KTT FC, SS 12 FC, EXCO PEMUDA PBB N.8 DAN KRB BUNTAL FC.

Kumpulan D, XAF UNITED FC, REAL BOCA RAGGAZI FC, BERNAS WAR 15 FC, N.8 SATOK, MAONG UNITED FC DAN KB FC.

PASUKAN WANITA

POLYCATS A dalam Kumpulan A bersama Pasukan HAZICONT FC, TIMBOK BAOK FC DAN DIVA APAR FC.

POLYCATS B dalam Pasukan B bersama Pasukan EL TAXTICO FC, TEAMBOL TENGGELAM FC & BUCEROS FC.

Kedudukan dalam kumpulan, PASUKAN POLIKU A NAIB JUARA KUMPULAN B dengan 2 MENANG 1 SERI DAN 1 KALAH. Manakala bagi pasukan POLIKU B berada pada kedudukan KE-3 pasukan dengan1 MENANG 2 SERI & 1 KALAH.

Bagi PASUKAN POLYCATS A berada pada kedudukan KE-3 kumpulan selepas SERI kesemua perlawanan (3 perlawanan) tanpa bolos. Manakala bagi PASUKAN POLYCATS B berada pada kedudukan ke-4 selepas kalah kesemua perlawanan.

PASUKAN POLIKU A layak ke suku akhir menentang KSR KTT FC dan menang dengan jaringan 3-2. Pusingan separuh akhir PASUKAN POLIKU A berlawan dengan PASUKAN REAL BOCA RAGGAZI FC danPASUKAN POLIKU A kalah kepada PASUKAN REAL BOCA RAGGAZI FC dengan tendangan penalti dengan jaringan 2-3.

Bagi penentuan TEMPAT KE-3 DAN KE-4, PASUKAN POLIKU A berjumpa dengan PASUKAN KBR BUNTAL FC selepas pasukan ini dikalahkan oleh pasukan BERNAS WAR 15 FC di peringkat separuh akhir. Walau bagaimanapun, PASUKAN POLIKU A tewan dengan PASUKAN KBR BUNTAL FC dengan tendangan penalti 0-2 disebabkan perlawan tidak dapat diteruskan ekoran padang basah akibat hujan.

0 Comment for "Hari Buku Sedunia - Politeknik Kuching Sarawak"